Q&A for Homeowners & Consumers
The Contract and its Terms | Kontrak dan terma-termanya
Q1: Was there a formal contract or letter of appointment signed?
Adakah terdapat kontrak rasmi atau surat pelantikan yang ditandatangani?
A1: If yes, this is an essential document with all of the salient terms and timeline stated therein, bearing in mind that this will be the backbone of your legal claim.
Sekiranya ya, ini adalah dokumen yang amat penting, di mana semua terma-terma dan garis masa adalah dinyatakan di dalamnya, yang mana akan menjadi tulang belakang kepada tuntutan undang-undang anda.
Q2: What if I do not have such a contract or document?
Bagaimana jika saya tidak mempunyai kontrak atau dokumen sedemikian?
A2: Not to worry, any other written messages (via Whatsapp, email, etc) and/or voice notes could be used as evidence to prove the agreement between parties and its terms.
Jangan risau, sebarang mesej bertulis (melalui Whatsapp, e-mel, dll) dan/atau nota suara boleh menjadi bukti untuk membuktikan persetujuan antara pihak-pihak dan terma-termanya.
Dispute and Legal Issues | Pertikaian dan Isu Undang-Undang
Q3: What should I do if I am dissatisfied with the services provided by the contractor?
Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh kontraktor?
A3: A good first step is to start collecting and compiling as much evidence and/or relevant documentation relating to the issues that you’re currently facing.
Langkah pertama yang baik ialah anda perlu mula mengumpul dan menyimpan seberapa banyak bukti dan/atau dokumentasi yang berkaitan dengan isu yang anda sedang hadapi.
Issue No. 1 – Delay
Isu No. 1 – Kelewatan
Q4: What can I do if the Project is delayed and/or failed to be completed within the agreed timeline?
Apakah yang boleh saya lakukan jika Projek tertangguh dan/atau gagal disiapkan dalam garis masa yang dipersetujui?
A4: Depending on the terms of your Contract, you may be entitled to claim for liquidated ascertained damages (LAD) for the delayed period until completion and/or handover.
Bergantung pada terma-terma Kontrak anda, anda mungkin berhak untuk menuntut ganti rugi yang ditetapkan (LAD) untuk tempoh tertunda sehingga selesai dan/atau penyerahan.
Q5: Aside from LAD, am I entitled to claim for any other damages?
Selain LAD, adakah saya berhak untuk menuntut sebarang ganti rugi lain?
A5: Yes, you may be entitled to claim for the additional expenditures incurred as a result of the delay, including but not limited to rental during the delayed period, workers’ wages (if the contractor charges you for the delayed period), etc.
Ya, anda mungkin berhak untuk menuntut perbelanjaan tambahan yang ditanggung akibat kelewatan, termasuk dan tidak terhad kepada sewa semasa tempoh tertunda, gaji pekerja (jika kontraktor mengenakan caj kepada anda untuk tempoh tertunda), dan sebagainya.
Issue No. 2 – Poor Workmanship and Defects
Isu No. 2 – Hasil Kerja Tidak Berkualiti dan Kecacatan
Q6: What are my avenues if I’m not satisfied with the workmanship and/or if there are defects in the finished works?
Apakah hak saya jika saya tidak berpuas hati dengan mutu kerja dan/atau sekiranya terdapat kecacatan dalam kerja yang disiapkan?
A6: Depending on the terms of the Contract, you may be entitled to request the contractor to fix and/or rectify the defects.
Bergantung pada terma-terma Kontrak, anda mungkin berhak untuk meminta kontraktor untuk membaiki dan/atau membetulkan kecacatan tersebut.
Q7: What if I’m still not satisfied upon rectification of the defects?
Bagaimana jika saya masih tidak berpuas hati selepas kecacatan tersebut dibetulkan?
A7: You may hire an independent expert to determine if the workmanship is not up to industry standards.
Anda boleh mengupah seorang pakar yang bebas untuk menentukan sama ada mutu kerja itu tidak mencapai standard atau piawaian industri.
Issue No. 3 – Non-completion and Abandonment of Project
Isu No. 3 – Ketidaksiapan dan Peninggalan Projek
Q8: What should I do if my contractor fails to complete the Project and abandons the Project?
Apakah yang boleh saya lakukan jika kontraktor saya gagal menyiapkan Projek dan meninggalkan Projek tersebut?
A8: First and foremost is to determine the amount of work completed by the contractor and the amount of work that is outstanding.
Pertama sekali adalah untuk menentukan jumlah kerja yang telah disiapkan oleh kontraktor dan jumlah kerja yang tertunggak.
Q9: How do I do this?
Bagaimana saya melakukan ini?
A9: You can engage a valuer, quantity surveyor or an expert to quantify the amount of work that has been completed and the total work that remains outstanding, where the appointed expert will then produce a report reflecting the same.
Anda boleh menghubungi penilai, juruukur bahan atau pakar untuk mengukur jumlah kerja yang telah disiapkan dan jumlah kerja yang masih belum selesai, di mana pakar yang dilantik kemudiannya akan menghasilkan laporan yang mencerminkan keadaan tersebut.
B.3 Commencing Court Action | Memulakan Tindakan Mahkamah
Q10: What is the timeline of a court action from commencement to obtaining a court order?
Apakah garis masa tindakan mahkamah dari permulaan sehingga mendapat perintah mahkamah?
A10: The timeline for a court action could range anywhere between 2 months to a year subject to variety of factors.
Garis masa bagi tindakan mahkamah adalah antara 2 bulan hingga setahun tertakluk kepada pelbagai faktor-faktor.
Q11: What can I do once I have obtained a court order?
Apa yang boleh saya lakukan setelah saya mendapat perintah mahkamah?
A11: There are a number of remedies available to you to enforce the court order against the defendant contractor, such as garnishee proceedings, writ of seizure and sale (WSS), judgment debtor summons (JDS), bankruptcy action and/or winding up of the defendant company.
Terdapat beberapa remedi yang tersedia kepada anda untuk menguatkuasakan perintah mahkamah terhadap defendan kontraktor, seperti prosiding orang digarnis, writ penyitaan dan penjualan (WSS), saman penghutang penghakiman (JDS), tindakan kebankrapan dan/atau penggulungan syarikat defendan.
Conclusion | Kesimpulan
If you are considering and/or anticipating a legal claim against your contractor for reasons and issues as described above, make sure to have a good documentation process as this will drastically improve your chances of winning your legal claim against the contractor.
Sekiranya anda sedang mempertimbangkan dan/atau menjangkakan tuntutan undang-undang terhadap kontraktor anda atas sebab-sebab dan isu-isu seperti yang diterangkan di atas, pastikan anda mempunyai proses dokumentasi yang baik kerana ini akan meningkatkan peluang anda untuk memenangi tuntutan undang-undang anda terhadap kontraktor tersebut.
For more information and/or advice, please do not hesitate to contact us at Ng Law Firm.
Untuk maklumat dan/atau nasihat lebih lanjut, sila menghubungi kami di Ng Law Firm.

